01 September 2009

Hari ini....

at 7:36 PG
Hari ini bersamaan dgn 11 ramadhan 1430 hijrah...dlm sedar x sedar dh 11 hari kita berpuasa..alhamdulillah setakat ini puasa aku masih penuh lg....smlm rakyat malaysia menyambut kemerdekaan yg ke-52...tp masa aku outing smlm..suasana menyambut kemerdekaan lgsg xde dkt terengganu ni....org yg kibar bendera pun blh dikira dgn jari..apakah smgt patriotik rakyat malaysia tlh berkurang?apakah yang menyebabkannya?korang jawabla sendiri ye...

Dan pada hari ini harga minyak naik lg... petrol RON 95 yang mengantikan RON 92 akan dijual pada harga RM1.80 seliter berbanding RM1.75 sebelum ini manakala RON 97 pada harga RM2.05 berbanding RM1.80 sebelum ini. Satu lagi 'Projek kerajaan Barisan Nasional' untuk rakyat sempena hari merdeka. Tanpa sebarang ura-ura dan spekulasi serta setelah berkali-kali rakyat menolak mereka dalam pilihanraya kecil di semenanjung sehingga mencecah angka 7-0 ternyata pemimpin-pemimpin BN masih tidak dapat belajar memahami aspirasi dan kehendak rakyat. Benarlah kata Pak Samad Said. Pemimpin-pemimpin UMNO-BN dari spesis berlidah dua bertelinga satu. Bila mereka bercakap, rakyat perlu dengar dan patuh tetapi bila rakyat bersuara mereka tidak perlu peduli. Lantas, kalau bahasa lidah dari rakyat terlalu sukar untuk mereka fahami, maka kita perlu mengajar mereka dengan bahasa undi di dalam pilihanraya.Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri, inilah hadiah kerajaan BN kepada kita.

1 Komen on "Hari ini...."

Nueq on 11 September 2009 pada 9:00 PTG berkata...

Baguih la macam2.. selamat hari raya

Related Posts with Thumbnails