- “Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik.”
- “Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat, tetapi andainya kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat.”
- “Tak mampu buat semua jangan tinggal semua.”
- “Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun.”
- “Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak.”
- “Air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa pedih, tentu lebih berharga air mata tatkala gembira, berjaya dan ternama.”
- “Bila kapal besar lalu, perahu kecil tentu terbuai ombak.”
- “Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah.
- “Lebih baik memandai-mandai daripada langsung tak pandai.”
- “Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan”.
- “Kaya di mata orang belum tentu kaya di mata sendiri.”
- “Kaya itu bukan sahaja kerana wang, boleh jadi kaya hutang, kaya anak, kaya musuh atau kaya perasaan.”
- “Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”
- “Bercakap itu lebih baik daripada diam, tapi diam itu lebih baik daripada bercakap perkara yang merapu.”
- “Cinta agung biasanya berjalan dengan penuh berliku.
- “Yang ada, yang banyaknya orang yang berkokok banyak, buatnya sikit, canangnya lebih.”
- “Jangan cakap je, tapi buat, jangan buat je langsung tak bercakap.”
- “Baju cantik hanya sesuai untuk orang yang kemas.”
- “Sesungguhnya hajat,impian,cita-cita yang diimpikan adalah doa yang panjang dan berterusan yang sentiasa dipanjatkan pada-NYA.”
- “Berkahwinlah kamu tatkala kamu benar-benar telah bersedia untuk digelar suami, isteri, ibu, ayah.”
- “Biar azab kurang makan daripada azab terlebih makan.”
- “Usahkan bulan, kalau nak matahari pun sanggup didekati. Usahkan badan sendiri, kalau tak nak dibiarkan berdaki.”
- “Harimau yang mengaum itu tak makan orang, tapi kalau sebulan tak makan dibahamnya juga.”
- “Bertenang itu kepintaran, kelam-kabut itu kebonggokan.”
- “Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak bererti.”
- “Kalau nak tahu kita ni pendek ke tinggi, tengoklah orang yang lebih pendek, tentu kita nampak tinggi.”
- “Keji itu ibarat baja, makin ditabur makin subur.”
- “Memuji sorang sama sorang itu ampu namanya, mengeji di khalayak ramai tu cabaran namanya, sebab itu pujian adalah racun, cacian adalah penawar.”
- “Jiwa yang tenang datang dari kehidupan yang tenang.”
- “Orang tak hairan kita boleh buat majlis kahwin tiga hari tiga malam, tapi orang jadi hairan apa pasal tak pandai layan.”
- “Kalau kita tak dapat buktikan kejayaan kita dalam bentuk benda itu belumlah lagi kejayaan namanya.”
- “Kuli batak yang gaji kadang-kadang tak cukup itu lebih mulia daripada tauke besar yang EPF pekerjanya pun dia sapu.”
- “Biar cakap sikit tapi bersama bukti; biar tak bercakap buktinya nampak.”
- “Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN, tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang.”
- “Tak semua yang nampak rugi itu sepanjangnya rugi, kadang-kadang untung menanti di hujung.”
- “Bercakap itu mudah sebab itu ramai sungguh orang melakukannya, tapi mengumpat itu lebih mudah sebab itu lebih ramai orang melakukannya.”
- “Mempertajam kapak seminit itu lebih baik daripada menghayun kapak yang dempak sepanjang hari.”
- “Rajin itu ubat, sedang malas itu racun.”
- “Sama menolong sama beruntung.”
- “Hampir semua kegagalan disebabkan tersalah langkah. Salah langkah bermula daripada tersalah fikir. Tersalah fikir bermula dari gagal mengenal diri.”
- “Angin selalunya membelai, jarang sekali menghempas, tetapi apabila dia mula menghempas pasti ada yang tidak akan faham lagi makna dibelai.”
- “Soal bahagia letaknya di hati, justeru jadikan hati cetusan senyum.”
- “Usah terlalu hairan melihat pelangi tapi terlebih hairanlah melihat bagaimana kamu berdiri.”
- “Biar jadi pintar benar-benar boleh digelar pintar, jangan gelaran saja pintar tapi hapah tak reti.”
- “Dare to be different.”
- “Biar papa asal bergaya, kalau dah papa macam mana nak bergaya.”
- “Kalau boleh ketawa senyumlah juga sebab ketawa bercampur senyum itu memang bahagia.”
- “Mari bekerja keras macam saya, jangan bersenang-senang walhal tak senang macam ramai daripada kita.”
- “Orang baik terpancar melalui perbuatannya; orang jahat juga terpancar melalui perbuatannya.”
- “Bukan cantik saja isunya, tapi kesihatan yang utama. Jaga makan, jaga badan bukan lawa dan hansem saja matlamatnya, tapi kesihatan matlamatnya.”
- “Yang penting tindakannya bukan apa yang hanya berlegar di dalam fikirannya.”“Kerana ada cinta orang boleh berjuang mempertahankan cintanya, tapi kerana ada cinta juga orang boleh berkorban untuk mempamerkan kebodohannya.”
- “ Kalau nak buat kerja buat betul-betul, kalau tak nak buat baik tak payah buat.”
- “ Kalau kamu nak jahat, jahat betul-betul, biar macam Firaun, baru berbaloi masuk neraka. Kalau setakat tipu orang seratus dua lebih baik jadi baik betul-betul, sebab balasannya Syurga.”
- “ Bukan semua yang manis itu manis adakalanya di hujung lidah ia manis di hujung tekak menjadi pahit.”
13 Julai 2009
Mutiara Kata
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Komen on "Mutiara Kata"
Catat Ulasan