15 Januari 2010

Keindahan Jari Jemari

at 12:44 PG


Pelbagai hikmah dan tafsiran yg blh diandaikan di sebalik jari anda yg lima. cuba perhatikan perlahan2 jari anda, luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam2. Kewajipan solat 5 waktu jgn diabaikan. Kemudian letak jari itu diatas meja, perhatikan. Bermula drpd jari kelingking yg kecil dan kerdil,seperti manusia dan apa sahaja akn bermula drpd kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yg dilakukan mesti bermula drpd kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah dr rebungnya".Kegagalan mendididk di usia ini akan memberi kesan yg besar pada masa hadapan.

Naikkan kpd jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dgn usia remaja. Manisnyan seperti jari yg comel mulus ini. Apatah lg kiranya disarungkan dgn sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira. Pada ketika ini, Alam remaja menjengah diri. Awas!! di usia ini sentiasa dibelenggu dgn pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggung jawabkan segala amalan di hdpn Rabbul Jalil.Bersediakah anda??

Nah...naik kpd jari ke-3.jari yg paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Diperingkat umur 30-an ini seseorang itu tlh mempunyai status dan identiti dgn ekonomi yg kukuh serta kejayaan yg teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana dikala ini byk "hantu2 pengacau" yg dtg menggoda. Hantu hasad dengki,hantu ego,hantu tamak, hantu iri hati dan seribu mcm hantu lg...kalau gagal mengawasi emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru itu, amal ibadat msti dilipatgandakan.

Kita beralih kpd jari telunjuk. Jari inilah yg mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yg berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sbagai model kpd generasi baru dan pembimbing yg kaya dgn idea bernas dan minda yg hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yg membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata org jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kpd org tua atau yg berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda blh berkata "good" atau "yes" smbil menggengam semua jari dan agkt ibu jari keatas itulah rhsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lg jari anda yg 5. Renung dan fkr dlm2. Dimanakah anda sekarang???

0 Komen on "Keindahan Jari Jemari"

Related Posts with Thumbnails