15 Mac 2010

aktiviti FITs

at 9:44 PTG 0 Komen






Aktiviti pertama utk FITs...sukaneka mentor mentee...agak meriah n lecture a.k.a mentor pun sama2 bersemangat bermain bersama2 mentee..program yg dijalankan bertujuan utk merapatkan ukhwah diantara mentor n mentee dan utk merapatkan jurang perhubungan antara student diploma n student degree...
Next aktiviti pd 19/3 programming contest n online game...sila rujuk papan kenyataan fakulti ataupun FB Fits utk mengetahui syarat penyertaan..soalan yg sgt senang...klu rasa takut nk join coz tkt soalan susah. jmpa sy...sy blh bg klu soalan...hehehe..coz sy adalah antara org2 yg ditugaskan utk membuat soalan utk contest tersebut...hehehe.ada org ckp nab join la contest tersebut..adil ke org yg buat soalan utk contest tp join contest?klu sy join of course la hamper itu akn menjadi milik sy..sy bg peluang kt org lain utk mencuba..sy dh pnh join contest n pernah merasa debaran bertanding dgn student2 yg sgt bijak n genius psl programming...so sape2 yg blum mencuba 2..cuba2 la join..x rugi...dpt pengalaman lg..
And pd mlmnya annual dinner di batu buruk beach resort berkonsepkan arabian night...satu2nya annual dinner yg digabung skali bersama MAD..kenapa digabung..adlh mslh2 tertentu yg berlaku kpd fakulti yg tdk dpt dinyatakan disini..dan sy dgr2 cerita ramai yg boikot program ni sbb digabung bersama MAD..especially student2 sem 6 yg sepatutnya diraikan pd mlm tersebut...jgn risau..korang ttp special pd mlm 2...
Aktiviti last FITs utk sem ni adlh karnival sukan yg akn berlangsung pd 21-26 mac..byk acara2 yg dipertandingkan..so kpd sape2 yg berminat isilah borang penyertaan di pejabat FIT ye...

25 Februari 2010

Nephew ke 15

at 9:07 PG 0 Komen


Syukur kepada Allah kerana telah menanugerahkan family kami seorang lagi mujahid yang telah selamat dilahirkan pada 8.05 pagi di wad bersalin Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian pada 25 Februari 2010 bersamaan dengan 11 Rabiul Awwal 1431 Hijriyyah.Baby yang mungkin akan diberi nama Muhammad Amza Aiman ini dilahirkan dengan keadaan yang sangat sihat dan sempurna...Bertambah lagi seorang ahli keluarga kami yang dh sedia besar ini...

24 Februari 2010

Ada lagi...

at 5:16 PG 0 Komen
untuk memenuhi permintaan ramai aku upload lagi gmbr2 wedding abg aku...harap2 sume org berpuas hati la ye...









22 Februari 2010

2 in 1

at 2:17 PG 0 Komen
Assalamualaikum.....

dh lama rasanya aku tidak menulis di sini...hr ni aku berkesempatan untuk update blog n update perkembangan terbaru ttg family aku...pada cuti tahun baru cina lepas ada dua majlis yg agak besar telah berlaku dlm fmly aku...maklumla sempena cuti yg agak panjang tu ramai orang yang mengambil kesempatan utk melakukan majlis perkahwinan, pertunangan dan sebagainya...family aku telah membuat dua majlis sekaligus..maklumla bukan senang nk kumpul adik beradik aku yg ramai 2 utk buat majlis..masing2 ada komitmen sendiri...senang cite inilah yang terjadi...

1)majlis kesyukuran perkahwinan abang yg no 8 pada 13 & 14 Feb...Actually ni pic masa akad nikah pada 19/12 dulu...aku x smpt nk ambk gmbr yg terbaru dgn my bro...









2) majlis pertunangan abg no 7..pada 15 Feb..insyallah akan dilangsungkan pernikahan pada syawal nanti...





15 Januari 2010

Gerhana Matahari Separa..

at 7:49 PG 0 Komen




Gambar gerhana matahari yg sempat dirakamkan oleh peserta program cerapan gerhana matahari separa di perkarangan masjid UDM kampus KUSZA pd 15/1/2010 around 3.30 p.m anjuran unit falak FKI.Sedikit info ttg gerhana matahari.

Melihat gerhana matahari secara terus tanpa penuras yang selamat boleh menyebabkan kerosakan mata yang serius hingga menjadi buta.

Apabila berlaku gerhana matahari, khalayak sudah pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan fenomena alam semula jadi yang biasanya jarang terjadi.

Pada yang berkesempatan, mereka mungkin akan mengunjungi destinasi yang menawarkan perkhidmatan mencerap gerhana menggunakan peralatan terkini yang diyakini selamat dan berkesan.

Namun, bagi yang tinggal jauh atau tidak berkesempatan untuk berkunjung ke mana-mana tempat yang menyediakan perkhidmatan sedemikian, mereka mungkin tiada pilihan selain melihat gerhana secara terus tanpa sebarang peralatan khas.

Pegawai Penyelidik Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Lau Chen Chen berkata, setiap individu sebenarnya harus menyedari kesan negatif yang bakal diterima jika menyaksikan fenomena gerhana matahari secara terus dengan mata kasar.

"Seperti yang kita ketahui, matahari memancarkan cahaya yang begitu terang hingga ke bumi. Justeru, jika seseorang memandang matahari secara terus tanpa sebarang peralatan yang selamat, mereka mempunyai risiko untuk mengalami kerosakan mata yang serius.

"Malah, dalam kes-kes tertentu, tidak mustahil mata boleh menjadi buta," ujar Chen Chen ketika ditemui Kosmo! di Planetarium Negara baru-baru ini untuk membicarakan tentang fenomena gerhana matahari separa yang akan berlaku di Malaysia dua hari lagi.

Menurut Chen Chen, 29, berbanding gerhana bulan yang boleh dilihat dengan mata kasar atau menerusi peralatan teleskop dan binokular secara terus, gerhana matahari sebaliknya memerlukan kepada langkah keselamatan yang sesuai.

Antaranya, seperti menggunakan peralatan tertentu untuk mencerap gerhana termasuklah teleskop dengan penuras suria, solarskop, projektor pinhole dengan kotak panjang atau dua keping kadbod, kamera pinhole dengan pokok teduh dan kaca mata gerhana.

Lintasan

Tambah beliau, gerhana matahari anulus atau lebih dikenali sebagai gerhana cincin dengan magnitud 0.9190 akan berlaku pada 15 Januari ini.

Jelasnya, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada laman sesawang Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), fenomena itu akan kelihatan dengan lintasan selebar 300 kilometer (km) merentasi Afrika Tengah, Lautan Hindi dan Asia Timur.

Fenomena tersebut terjadi apabila bulan merentas di hadapan matahari, namun ia tidak menutupi matahari sepenuhnya. Ini disebabkan saiz ketara bulan adalah lebih kecil daripada saiz matahari. Sehubungan itu, matahari akan kelihatan seperti cincin yang terang di sekeliling luar cakera bulan.

"Lintasan bayang umbra (bahagian bayang yang sangat gelap) bulan akan bermula di Afrika dan melalui Chad, Republik Afrika Tengah, Republik Demokratik Congo, Uganda, Kenya dan Somalia.

"Selepas melintasi Afrika, lintasan tersebut akan melalui Lautan Hindi di mana tempoh maksimum keanularan mencapai kira-ki 11 minit lapan saat.

"Lintasan tersebut kemudiannya akan terus melintasi Asia melalui Bangladesh, India, Myanmar dan China," terang Chen Chen sambil menambah bahawa fenomena gerhana matahari anulus itu pernah berlaku pada 26 Januari tahun lalu.

Sementara itu, gerhana matahari separa pula akan kelihatan dalam lingkungan bayangan penumbra (bahagian luar bayang yang relatifnya lebih cerah) bulan yang lebih luas meliputi Eropah Timur, Afrika dan Asia.

Bagaimanapun, Chen Chen memberitahu, negara kita akan dapat menyaksikan matahari terlindung oleh bulan sehingga mencapai kegelapan maksimum kira-kira 40 peratus.

"Situasi ini dapat dilihat lebih jelas terutama di bahagian utara Semenanjung pada waktu petang. Namun, peratus matahari yang dilindungi oleh bulan semakin mengurang dari bahagian tengah Semenanjung hinggalah ke Sabah dan Sarawak.

"Gerhana matahari separa ini akan berlangsung hampir tiga jam bermula pada pukul 3 petang hingga 5.45 petang," jelas beliau lebih lanjut.

Bidang astronomi

Tambahnya lagi, secara umum gerhana matahari akan berlaku ketika fasa bulan baru dan pada masa yang sama, bulan melintasi laluannya di antara matahari dan bumi agar matahari tertutup sebahagian atau keseluruhannya.

Keindahan Jari Jemari

at 12:44 PG 0 Komen


Pelbagai hikmah dan tafsiran yg blh diandaikan di sebalik jari anda yg lima. cuba perhatikan perlahan2 jari anda, luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam2. Kewajipan solat 5 waktu jgn diabaikan. Kemudian letak jari itu diatas meja, perhatikan. Bermula drpd jari kelingking yg kecil dan kerdil,seperti manusia dan apa sahaja akn bermula drpd kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yg dilakukan mesti bermula drpd kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah dr rebungnya".Kegagalan mendididk di usia ini akan memberi kesan yg besar pada masa hadapan.

Naikkan kpd jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dgn usia remaja. Manisnyan seperti jari yg comel mulus ini. Apatah lg kiranya disarungkan dgn sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira. Pada ketika ini, Alam remaja menjengah diri. Awas!! di usia ini sentiasa dibelenggu dgn pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggung jawabkan segala amalan di hdpn Rabbul Jalil.Bersediakah anda??

Nah...naik kpd jari ke-3.jari yg paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Diperingkat umur 30-an ini seseorang itu tlh mempunyai status dan identiti dgn ekonomi yg kukuh serta kejayaan yg teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana dikala ini byk "hantu2 pengacau" yg dtg menggoda. Hantu hasad dengki,hantu ego,hantu tamak, hantu iri hati dan seribu mcm hantu lg...kalau gagal mengawasi emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru itu, amal ibadat msti dilipatgandakan.

Kita beralih kpd jari telunjuk. Jari inilah yg mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yg berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sbagai model kpd generasi baru dan pembimbing yg kaya dgn idea bernas dan minda yg hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yg membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata org jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kpd org tua atau yg berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda blh berkata "good" atau "yes" smbil menggengam semua jari dan agkt ibu jari keatas itulah rhsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lg jari anda yg 5. Renung dan fkr dlm2. Dimanakah anda sekarang???

07 Januari 2010

Mencari cinta...

at 7:53 PG 0 Komen
Salam...

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......
.
.
.
.
.
.
.

Kesimpulannya... janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini.
Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. rembat je cepat..

Lepas tu, cepat-cepat kumpul duit kahwin dan langsungkan perkahwinan..
Kalu tak cukup duit nak buat kahwin, jangan risau, boleh gi website

http://www.maskahwin.com/index.php?ref=zainab87
Insyallah, dapat membantu.
Bye!
Related Posts with Thumbnails